Saturday 2 June 2012

#2

**********


" Wei kau kat mane ? dah pukul berape ni beb ? cikaro baru ramai ni.." mesej dihantar

"jap jap , aku sangkut nan pak guard ni , asal tak bagitau awal2 ade orang baru ?" mesej diterima

"ehh yeke ? aku pon taktau . alahh , pandai2 kau lahh" 

mesej dihantar dan terus roger . huh Taqie sangkut pulak . hadoi , kalau lambat kang mau semua awek hot habis kene rembat . Ini tak boleh jadi . Kalau Taqie lambat takpe , mamat tu muke market . Tak carik pon dah memang ade je yang sanggup kejar . Lain lah aku ni haa , muke takat rosyam nor je . eheh ! Ojan cepat-cepat berkalih dari tempat dia lepak tadi . Kena carik geng ni . ASAP !

Taqie menggaruk kepala yang tak gatal . ape jadah nye yang tak lepas lepas lagi ni . Pak guard ni memang nak kene . mentang mentang orang baru , nak tunjuk kewibaan kononn . puihh 

"awak datang lambat , jadi dah memang tugas saye untuk tahan awak dan bagitahu pada cikgu disiplin sekolah . kalau awak taknak bagitau name awak , macam mane hal ni nak habis cepat . hahh , tunggu jelah awak kat situ ." sinis je suare lelaki separuh umur tu . Taqie merengus . heyy , kau belum kenal sape aku , orang tua ! 

"macamni jelah pakcik , saya sendiri yang akan lapor diri kat cikgu disiplin . saya pergi sekarang ye . dan oh yee , pakcik ni orang baru . Jadi saya maafkan , tapi lain kali siap lah pakcik kat luar . Terima kasih !"  selamba Taqie berpusing dan berjalan dengan penuh gaya menuju ke dataran . Pak guard tu terkejut . memang besar punye terkejut lah . Ni samseng sekolah ke ? berani punye budak *ehh macam tajuk filem



Hari ni hari pertama persekolahan . Macam biasa , rutin bebudak DVL merekrut ahli baru atau memancing 'ikan' yang baru . Ehem , tahun baru students baru makanya awek pon mesti baru . Lagi lagi yang fresh . Ahah , memang tak kan lepas . Siapa yang berani tolak , memang mintak sial . Siapa takde yang berkenan lagi la loser jawab nye . Dan memang setakat ini , rekod menunjukkan sape sape je yang terlibat dengan Group DVL , InsyaAllah .. zaman persekolahan mereka akan aman dan bahagia tanpa sebarang gangguan . 

Tapi nama geng tu dah memang fames ames sebenarnya . Dan dengar cerita ade je pelajar yang masuk sekolah tu semata-mata nak berjumpa dengan DVL . Apa yang menyedihkan , imej dan populariti B.Ment 2 School boleh dikatakan datang dari bebudak DVL ni lah .

Memang mereka budak nakal . Tapi mereka jugak lah yang mendapat anugerah-anugerah kecemerlangan akademik dalam macam-macam bidang . Sebab tu sekolah takboleh nak buat ape-ape . Geng DVL ni kumpulan yang besar . Ramai pengikut . Takde orang lain yang layak jadi ketua melainkan Taqie . Memang dia lah yang jadi asas kumpulan tu awalnya . Dan memang dia je yang berani buat sekolah tu macam bapak dia yang punye . Tapi apa yang ramai tak tahu , B.Ment 2 School memang bapak dia yang punye . Kebanyakan ahli lembaga sekolah tu pun mak bapak ahli2 DVL . 

Senang cerita , mereka seimbang . Kalau nak cerita seluruh kumpulan , sampai esok pon tak habis . Jadi , hightlight kan ahli2 teratas je . Memang pakej .

Taqie - Syed Thaqif Asyraf 
Ketua DVL , Pengawas , Pemain Olahraga , Main Player Basketball , Lead Band Sekolah , Ahli Kumpulan Kelab Kaji Uji Sains dan Teknologi , Wakil Debat , Ahli Kelab bla bla bla bla bla dan blaaa 

( senang cerita semua pangkat teratas patutnye layak hanya pada Taqie tapi dia tolak , dia cuma ambil nama takat ahli aje . Tapi semua pun tahu yang Taqie berkemampuan lebih daripada tu )

Ojan - Mohamad Roshnizam 
Orang paling dekat dengan Taqie , Pemain Olahraga , Pemain Basketball , Ahli Kelab Matematik dan Kalkulus , Pakar Subjek LK (Lukisan Kejuruteraan) , Ahli Kumpulan Seni Bina dan Kreatif dan blaa blaa blaaa

(kat mane ade Taqie , kat situ ade Ojan . Kebanyakan aktiviti yang Ojan pilih pun sebab Taqie . same lah dengan ahli yang lain . ikut ketua katanyaa )

Ada 3 lagi pelajar yang jadi ahli terkuat DVL . Mereka 5sekawan memang dah lame kenal . Sejak sekolah rendah . Masing-masing dah faham perangai masing-masing.

Pa'an - Mohd Fazhan Fitri
Orang kuat Kelab Tilawah dan Hafazan sekolah , antara pelajar yang selalu jadi kepala dalam aktiviti kerohanian . Wakil sekolah

Den - Dennis Lim Abdullah
Orang Kuat Kelab Komputer dan Teknologi . Wakil sekolah dalam Pertandingan mencipta software komputer , mahir menggodam , pakar membaiki peralatan perkomputeran di sekolah

Kay - Ahmad Khairul Anuar
Orang Kuat Kelab Fotografi dan Digital Creative sekolah , wakil sekolah dalam pertandingan Multimedia , Photograper rasmi sekolah

Mula-mula , ramai yang hairan . Kenapa Taqie tak pegang semua jawatan sedangkan dia layak ? termasuklah Ojan,Pa'an,den dan Kay . Tapi Taqie cuma watlek watpeace je . katanye " kalau dah semua aku pegang nanti susah nak buat jenayah . Tak kena der , tak masuk ! Nampak skema ! "  Dan alasan tu masuk akal memandangkan mereka jugaklah yang selalu buat onar dekat sekolah . 

Walaupun mereka selalu bersama dan berkeras untuk ikut ke mana jugak ketua mereka pergi , Taqie selalu melarang . Dia berkeras balik suruh masing-masing ikut minat dan kepandaian masing-masing . Tapi hakikat yang pelajar lain nampak , mereka 5sekawan memang ada pakej lengkap . Hensem , Bijak , Kool dan Jahat . HAHA terasa pondan pulak main describe pasal pakej yang lengkap pada lelaki . 


**********