Saturday 1 December 2012

turning point just turn me on bebeh


ini kisah sangat lah eksaited untuk diceritakan pon adoi terr berr . tapi sebab dah basi jadi aku panggil ini cerita basi yang masih lagi dlm mood eksaited untuk diceritakan disini 

Assalamualaikum para pembaca yang mampir samada setiap hari mahupun yang terlanjur menjumpai halaman saya ini 

mengapa saya berbicara sebegini ? ya bukan kerana saya telah buang tebiat atau bagaimana , tapi kerana saya cuba mengambil semangat dah kredibilitas sebagai seorang wakil pemimpin di kolej Profesional Mara Indera Mahkota, kolej dimana tempat saya menuntut imu dan pengalaman untuk menjadi yang lebih berjaya dan insyaAllah lebih berwibawa.

kahkahkahkahkahkahkah *gelak guling guling*kahkahkahkahkahkah

lebih kurang sebulan lebih yang lalu, aku ada update something yang aku janji untuk cerita lebih lanjut bukan ? haaaa inilah dia wahai insani insaniah sekalian . aku secara rasminya telah  bergelar sebagai Timbalan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi tahun 2013. fuhhhh *gementar gue 

ape ? tak sangka orang macam aku ni dapat score jawatan tu ?? seriouslyy ? helooooo.. aku pun rasa macamtu woi . hahahhaa ini serious okay . sebelum apply memang aku ade fikir jawatan mana yang aku nak tembak . dan jujurnya bukan setinggi ini harapan aku . apa yang aku aim hanyalah jawatan Exco Perhubungan Luar . tapi itulah , rezeki Tuhan Alhamdulillah :') hanya mampu tersenyum dan bersyukur dalam hati bile dapat tahu berita ni.

apa yang sadis, aku dapat tahu berita ni saat keberadaan aku diluar . *enough with this bahasa baku pleaseeee . hahahaaa okay , 

masa aku apply MPP ni aku tgh sibuk uruskan annual dinner kelab course kitorg . waktu tu mmg hectic gile kott . sampai ada rasa menyesal sbb aku takut aku tk boleh handle situasi sibuk mcmtu. bayangkan dgn kempen lg nak dibuat dgn speech utk raih undi pelajar lg perghh memang aku rasa mcm nk quit . but then comes the spirit . all from my friends . Sara sanggup tolong aku buat poster walaupun die sendiri sibuk uruskan hal dinner . Abyan dgn Anis selalu support aku dr blakang . tolong tampal poster lagi erghh so sweet, three of you . and not to forget Fatin K yang saling bg semangat even dia sendiri pon apply MPP. dengan kempen dia lagi , erghh seriously guys , i couldn'nt done this w/out u guys . appreciate it much:)

so the kempen went well . got some help from the group . Zara, Faliq, Yaya, Amir, Fateh and classmates alah semualah . sambil2 working out on the dinner, sambil tu jugaklah aku buat kempen . huh , aku siap rasa like im the buziest person on that time *K poyossss hahahah

so the day for all of the nominees untuk bg speech has come . eventually, kitorang kena lontarkan idea dan perubahan yang kitorang nak buat bila dah jadi wakil pelajar ni . but, in bahasa mudahnye kitorang kena promosi diri sendiri sebenarnya untuk pancing undi . that night was great. really great, i must said ! siapa yang semangat sikit dpt grab the crowd attention and sorakan diorang and i was like woahhhh *mcm dlm filem pulak hahaha

my turn was fine . just fine guys hahaa . aku takdelah sampai nak menjerit jerit melontarkan semngat dan amarah bagai ni cuma slow and steady . relax and cool ! yeahh baby , feel the moment . hahaa padahal tangan shaking gile dowh hahaha :D lepastu that night ended. and what funny is bile malam tu turn aku utk jd runner jual makanan ringan dekat hostel. so it was like " eh,baru bagi ucapan dan turun padang jual ?.."eh ni nak pancing undi ke ape ni main jual2 dr bilik ke bilik ni haa ?" hahaaa can u imagine that . 

esok dan esoknye , aku go on dgn persiapan majlis annual dinner tu tanpa memikirkan sgt .......err okay adelah jgk terpikirnye hahaha . esoknye tu dh hari mengundi . dan aku sendiri tktahu yg petang tu dah boleh tahu siapa yg menang .

so , aku dgn selamber badak nye tlh keluo dgn a few member and madam sekali utk pegi survey dewan yg kitorang tempah utk annual dinner tersebut dekat Gambang City. and bile aku tgh makan2 , hambekk kau berpusu pusu mesej masuk haa . 

"Tahniah fatin" "Congrats TYDP" "Tahniah tin, kau jd timbalan" "wah tin,... and bla bla bla

aku yg mmg blur ni igtkan dorg sengaja prank aku beramai ramai but at last pheww barulah aku tahu petang tu dorg dah kire undi and dah siap buat meeting utk semua calon bg melantik ahli exco and etc.

so, here i am . dah hmpir sebulan and it was not so bad . i mean, mmglah aku masih lg kekok bile org mula panggil aku bukan dgn nama sendiri tapi Kak Long lah TYDP lah . hahaa sekarang ni mane aku pergi semua org tegur and seriously that was creepy . really freak me out . yelah tak biasa mak nokks . 

tapi aku sedar . ini bukan soal satu kolej kenal ke ape . bukan jugak soal dah jadi org kedua tertinggi dlm students society jgk . tapi pasal tanggungjawab ! Great power comes the great responsible . and i'd admit that aku dah mula rasa bahang die . meeting sane sini and cabaran dr dua dua belah pihak . Admin and students . fuhh 

InsyaAllah :) ini amanah yg diberi . dan aku berazam utk buat kerja sehabis baik . sempurna itu mungkin mustahil sbb manusia tk pernah lekang dr buat kesalahan kann . 

arghh jadah ni woi , berjelaa jelaaaa post kali ni . dahla malas nak letak gambar hahhaha

p/s - this will be among the precious moment in my life . definitely !